..::NANTIKAN KEMUNCULANNYE!!!::.-BLOG UNDER MAINTENANCE-::
 
SELAMAT DATANG KE WEB BLOG SK MERAPOH..........
Sambutan Maulidur rasul peringkat sekolah

Alhamdulilah syukur pada ilahi kerana pada 11/3/2010 sk merapoh telah dapat menjayakan majlis sambutan Maulidur rasul peringkat sekolah di dewan ibnu sina.Majlis telah berlangsung dengan jaya dirasmikan oleh Guru Besar En Ahmad b A.Rahim.Pelbagai acara yang diadakan termasuk pertandingan hafazan AL-Quran dan pertandingan azan oleh pelajar sk merapoh.Majlis ini adalah anjuran unit agama dan bahasa arab yang diketuai oleh Ustaz Anuar.Kepada yang terlibat dalam majlis yang berkat ini diucapkan ribuan terima kasih.MAJULAH SK MERAPOH!!

SEJARAH PENUBUHAN



Sunggutan masyarakat tempatan terhadap bertapa perlunya sebuah sekolah rendah demi kepentingan pendidikan anak-anak mereka menjadi faktor penyumbang kepada penubuhan sekolah ini.Alasan utama adalah kesukaran bagi murid-murid kawasan ini untuk berulang alik sejauh hampir 70km seperjalanan untuk belajar di sekolah berhampiran.Sekolah yang paling dekat merupakan Sekolah Kebangsaan Padang Tengku.Namun ramai yang tidak mampu untuk menyekolahkan anak mereka di sekolah tersebut kerana jalan perhubungannye adalah dengan perkhidmatan keretapi.

Sungutan itu telah diterjemahkan dalam desakan rasmi daripada Pergerakan UMNO cawangan dalam mesyuarat agungnye.Maka terhasilah sekolah terawal di Merapoh yang diberi nama "Sekolah Umum Merapoh" terletak dibelakang stesen keretapi Merapoh yang diasaskan oleh Encik Abdul Karim B Hasan,ketua kampung Merapoh pada ketika itu.Sekolah tersebut hanya beratapkan rumbia dan berlantaikan tanah tanpa sebarang kemudahan asas.


Pada tahun 1962,setelah pengecaman tapak dikenalpasti Jabatan Ukur Persekutuan(JUJ)dan Kementerian Pendidikan telah bersetuju untuk menjadikan tapak sekolah ini diatas sebidang tanah seluas 4 ekar seperti yang ada sekarang.Bangunan 1 blok dengan 4 buah kelas ini siap dan boleh digunakan pada tahun 1963.Maka dengan terbinanya sekolah ini dapatlah murid-murid dari kawasan Merapoh,Mentara,Teluk Gunung,Berhamah,Kubang Rusa dan Sungai Temau bersekolah disini.


Pada tahun 1969 sebuah lagi bangunan dibina dengan 4 buah kelas,1 bilik guru dan 1 pejabat.Pada tahun 1982,sebuah lagi bangunan 2 tingkat dibina dengan 6 buah kelas dan sebuah pejabat untuk urusan rasmi di sekolah.Kemudian pada tahun 1988,sebuah bangunan telah dibina secara bergotong royong dengan 4 buah kelas untuk menampung jumlah murid yang semakin bertambah.Pada tahun 1990,sebuah bangunan pusat sumber yang serba lengkap telah dibina dan boleh digunakan sepenuhnya pada tahun 1991.

Seterusnya pada tahun 1993,sebuah banguanan 2 tingkat dan jumlah 6 buah kelas telah dibina.Selepas itu,pada tahun 2000 sebuah lagi bangunan 2 tingkat dibina dengan jumlah 6 buah kelas bagi menampung jumlah kelas yang tidak mencukupi.Oleh itu,pada dasarnya Sekolah Kebangsaan Merapoh telah lengkap sepenuhnya.Lebih-lebih lagi dengan terbinanya sebuah bangunan khas Makmal Komputer pada tahun 2002.Di bangunan tersebut dimuatkan dengan 22 buah komputer berteknologi terkini untuk memberi kemudahan kepada murid dan guru di Sekolah Kebangsaan Merapoh.Dan bagi memantapkan lagi pengunaan ict sebauh pusat akses telah bina yang menempatkan 10 buah komputer bagi meluaskan lagi pendedahan murid dan guru kepada ict..

Category:   Leave a Comment
Warga Sk Merapoh...




Inilah wajah-wajah warga sk Merapoh pada masa sekarang...
Jumlah Guru adalah seramai 33 Orang dan dibantu oleh 3 org GPK dan 3 orang Kerani.Selain itu sk merapoh turut dibantu oleh seorang PAR dan tidak lupa juga kepada seorang Juruteknik Komputer yang baru ditempatkan di sekolah ini..

Blog will be lunch at Mac

Insyallah blog ini akan berfungsi sepenuhnya pada awal bulan Mac ini...kepada guru Sk Merapoh diharap dapat memberikan kesabaran yang sepenuhnya..ekekeke.

Blog under maintanance

Kepada guru-guru sk merapoh diharap bersabar untuk melayari blog ini...Sekian